GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I SEMESTER II SESI AKADEMIK 2017/2018 TUGASAN INDIVIDU


GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I
SEMESTER II SESI AKADEMIK 2017/2018

TUGASAN INDIVIDU: TUGASAN 3

TAJUK: REMAJA MANGSA PERCERAIAN DAN KEPERLUAN
KAUNSELING

NAMA: MUHAMMAD IMAN HAFEEZ BIN MUKHATAR
NO.MATRIK: P94190
PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN
PENGKHUSUSAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENSYARAH: DR. AZLIN NORHAINI BT MANSOR

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan, ianya memerlukan metod atau
kaedah dalam mendapatkan data atau dapatan kajian. Dengan data yang mencukupi, barulah
sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik.

Untuk mendapatkan data yang baik ini, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah
sempurna dan mengikut prosedurnya yang tersendiri. Ia bagi menjamin dapatan kajian yang
dihasilkan nanti benar-bendar terjamin mutunya. Seseorang penyelidik yang cermat mesti
memastikan metod ataupun kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data, sesuai dengan
jenis penyelidikan yang dijalankan.

Data yang baik diperolehi daripada penyelidikan yang dirancang rapi berdasarkan reka
bentuk yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan data
penyelidikan (Ruhizan Mohammad et.al, 2010).

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dibina oleh penyelidik ini, merupakan kajian yang bersifat deskriptif, atau
merupakan kajian yang dibuat berdasarkan gambaran yang telah sedia ada. Ia juga dikategorikan
sebagai kajian berbentuk kualitatif. Reka bentuk kajian amat penting kerana reka bentuk kajian

akan menjadi panduan kepada pengkaji dalam menjalankan sesuatu kajian yang dijalankan. Kajian
emosi dan gender ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual mendalam. Temu
bual merupakan salah satu kaedah mengumpul maklumat yang utama dalam kajian tinjauan.
Kaedah ini menyamai kaedah soal selidik dalam banyak aspek, perbezaannya ialah cara
melaksanakan kajian, iaitu temu bual dilakukan secara lisan (perbualan), dan jawapan direkod oleh
pengkaji secara bertulis, melalui rakaman kaset, video dan media elektronik yang lain. (Chua,
2014).

Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah lebih menjurus kepada cara
serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah
ditimbulkan. Ia juga merupakan metod untuk mendapatkan objektif-objektif kajian yang cuba
dicapai oleh penyelidik. Objektif-objektif kajian tersebut ialah:-

a) Mengenal pasti perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa
perceraian berdasarkan faktor jantina.
b) Mengenal pasti perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa
perceraian berdasarkan faktor emosi.
c) Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara remaja mangsa perceraian dan
keperluan kaunseling.

Justeru, bagi mencapai objektif ini, penyelidik sedaya upaya cuba untuk membuat dan
mengadakan kaedah serta cara untuk merealisasikan tujuan tersebut.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Bangi. Universiti ini
dipilih berdasarkan kepada kesediaan dan persetujuan responden untuk menjalankan temu bual.
Selain itu, populasi bertepatan dengan tujuan kajian dan penggunaannya diharapkan dapat
menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

3.4 Instrumen Kajian

Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Data
merujuk kepada maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian.
Contoh data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina, etnik dan agama, skor bagi ujian
yang dibina oleh penyelidik, respon kepada soalan penyelidik, sama ada melalui temu bual atau
jawapan bertulis dalam borang soal selidik. Alat-alatan seperti ujian pensil dan kertas, borang soal
selidik atau skala perkadaran yang digunakan untuk mengumpul data pula dinamakan sebagai
instrumen.

Dalam melaksana dan menjalankan kajian menggunakan instrument ini, penyelidik
menggunakan beberapa kaedah sebagai instrumen kajian. Antaranya ialah:

a) Kajian perpustakaan

Pengkaji menggunakan sumber-sumber daripada bahan-bahan bercetak dan juga bahan-
bahan elektronik seperti buku-buku rujukan dan juga sumber-sumber daripada internet.

Banyak kajian daripada buku-buku yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini
diselidiki oleh pengkaji. Ini bagi mendapatkan lebih banyak sumber informasi dan juga maklumat-
maklumat tambahan yang boleh dijadikan sebagai bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.

Bagi tujuan ini, penyelidik telah mendapatkan sumber-sumber rujukan bercetak seperti
buku-buku rujukan dan kajian-kajian lepas di beberapa buah perpustakaan seperti Perpustakaan
Fakulti Pendidikan,UKM dan Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

Pengkaji juga menggunakan akses sebagai pelajar di universiti ini untuk menggunakan
secara optimum kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan ini untuk meminjam dan juga
menggunakan bahan-bahan rujukan untuk kajian oleh pengkaji.

b) Temu bual.

Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang boleh
dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, pengkaji dapat memperoleh
informasi dan maklumat terus daripada responden kajian.

Dalam penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi kaedah utama yang
digunakan oleh pengkaji sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden
kajian. Sebelum pengkaji bertemu dengan responden kajian iaitu remaja mangsa perceraian di
UKM, pengkaji terlebih dahulu menyediakan soalan-soalan yang akan digunakan semasa sesi
temu bual. Soalan-soalan yang digunakan akan merujuk kepada kajian-kajian yang lepas yang
berkaitan demografi dan jenis-jenis emosi yang berpunca daripada perceraian.

3.5 Sampel Kajian

Menurut Othman Mohamed (2001), keperluan bagi mendapatkan saiz sampel yang
munasabah bagi tujuan kajian adalah berkaitan dengan reka bentuk kajian yang digubal oleh
pengkaji. Saiz sampel yang baik akan memebri sumbangan penting apabila pengkaji membuat satu
pentakrifan keseluruhan bagi kajian yang dijalankan.

Persampelan merupakan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi
untuk dijadikan sebagai responden kajian. Ia merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan
kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan
kajian. Selain daripada faktor-faktor reka bentuk kajian dan pengukuran, kualiti hasil penyelidikan
juga bergantung kepada persampelan kajian (Chua, 2014).

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan (purposive sampling). Ini berdasarkan
Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di mana
sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian.
Berdasarkan kaedah Rule of Thumb iaitu menemu bual informan sekurangnya temubual yang
dibuat kepada 5 orang. Justerus, pengkaji mencadangkan bahawa sampel kajian ini adalah seramai
5 orang iaitu terdiri 2 orang remaja perempuan dan 3 orang remaja lelaki.

3.6 Pengumpulan Dan Penganalisisan Data

Patton (1990) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual
tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis temu
bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual
dengan remaja mangsa perceraian dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu
bual secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual dibina
oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil remaja mangsa perceraian, jenis-jenis
emosi, kesan-kesan yang berlaku akibat perceraian ibu bapa dan keperluan kaunseling.

Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan pendekatan
kaunseling, dan emosi remaja meliputi faktor emosi tersebut,

Kemudian, data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Nvivo.
Apabila menemu bual dengan responden itu nanti, pengkaji akan mengambil segala maklumat
yang diberikan oleh responden berdasarkan hasil temu bual itu. Hasil daripada jawapan-jawapan
yang diberikan kemudian langkah seterusnya adalah mengadunkan ia dan menyusun maklumat-
maklumat mentah ini mengikut kategori-kategori yang bersesuaian di dalam kajian ini dalam
keadaan yang tersusun kemas dan mengikut topic yang telah ditentukan.

RUJUKAN
Chua Yan Piaw (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 1. Kaedah Penyelidikan. Edisi
Ketiga. Mc Graw Hill, Kuala Lumpur.
Md. Yasin, A.Y., Wan Mohd Shaupil, W.M.H., Mukhtar, A.M., Ab Ghani, N.I., & Rashid, F.
(2010). The English proficiency of civil engineering students at a Malaysian polytechnic.
Asian Social Science, 6(6), 161-170.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill, Kuala Lumpur, Malaysia.
Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Universiti Putra
Malaysia, Serdang, Selangor
Patton, M. (1990). Qualitative evaluation and research methods (pp. 169-186). Beverly Hills, CA:
Sage.